PENGENALAN PERNIAGAAN
- Amira Yuhanis
- Oct 9, 2017
- 1 min read
Maglicious ditubuhkan bagi memenuhi permintaan daripada pelajar-pelajar di Universiti Utara Malaysia. Terutamanya pelajar-pelajar yang menetap di Inapan Siswa SME Bank. Maglicious merupakan perniagaan yang menjual kuih tradisional iaitu bahulu yang berasaskan daripada bahan-bahan yang berkhasiat.
Perniagaan ini bermula pada akhir bulan September 2017. Perniagaan ini diusahakan secara perkongsian di antara tiga orang sahabat iaitu Nur Amira, Anis Suraya dan Garshini Karthika. Nama perniagaan kami iaitu Maglicious diambil sempena huruf awal pertama di awal nama setiap rakan kongsi.
Keunikan perniagaan kami ialah produk ini menggunakan resepi keluarga salah seorang ahli rakan kongsi perniagaan ini. Teksturnya yang gebu serta lembut serta rangup dibahagian kulit luar menjadikan kuih bahulu ini cukup digemari oleh pelanggan. Tambahan pula, adunan bahulu ini dibancuh pada sebelah malam dan sebelah siang baru dibakar bagi menghasilkan kuih yang sebati dan sedap rasanya.
Bahulu ini dibakar menggunakan dua kaedah iaitu menggunakan sabut kelapa dan oven untuk mengekalkan kualiti serta ketahanan bahulu yang mampu bertahan tanpa kulat selama dua minggu.


















Comments